Publisiti

Publisiti atau seranta ialah teknik menarik perhatian umum terhadap sesuatu, biarpun barang, perkhidmatan, syarikat dan sebagainya. Ia juga maklumat yang disebarkan untuk menarik perhatian umum, biasanya tetapi bukan setiap masa menerusi media. Subjek seranta termasuk orang dalam bidang kepentingan awam, hasil, keluaran, perkhidmatan, perbadanan, dan hasil kerja seni atau hiburan.

Seorang pegawai seranta ialah seseorang yang ditugaskan untuk mewujudkan dan memelihara hubungan baik antara perbadanan yang dianggotainya dengan orang ramai. Ini boleh dilakukan dari dalam, tanpa menggunakan media popular. Dari segi pemasaran, seranta merupakan satu komponen promosi pemasaran. Unsur lain campuran promosi ialah pengiklanan, promosi jualan, dan pemasaran langsung dan penjualan bersemuka.