Publicis

Publicis Groupe S.A.
Jenis/bentuk sahSociété Anonyme
Didagangkan sebagaiEuronext: PUB
Komponen CAC 40
ISINFR0000130577 
IndustriPengiklanan
Hubungan awam
Ditubuhkan1926 (1926)
PengasasMarcel Bleustein-Blanchet
Ibu pejabatParis, Perancis
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingArthur Sadoun
KeluaranPenjenamaan & identiti
Pemasaran
Penyelidikan pasaran
Perhubungan awam
Hasil €9,6 bilion (2015)
Pendapatan kendalian1,740,000,000 (2023) 
Pendapatan bersih €937 juta (2014)
Modal25,749,000,000 (2025) 
PemilikÉlisabeth Badinter, BlackRock, Capital Group Companies 
Bilangan kakitangan101,000 
Anak syarikatSaatchi & Saatchi, Digitas, Performics, ETO, ZenithOptimedia, Razorfish, MSLGROUP, Leo Burnett Worldwide 
Tapak webwww.publicisgroupe.com
sunting · sunting di Wikidata

Publicis Groupe S.A. ialah sebuah syarikat pengiklanan dan perhubungan awam multinasional Perancis. Syarikat ini merupakan syarikat pemasaran dan komunikasi tertua di dunia, serta merupakan salah satu yang terbesar. Ia beribu pejabat di Paris.

Syarikat ini merupakan pemimpin dalam mendorong ledakan ekonomi Perancis pasca Perang Dunia II, terutama melalui pembangunan industri pengiklanan. Usaha syarikat ini berjaya kerana hubungan baiknya dengan sejumlah pejabat Pemerintah Perancis, penggunaan simbolnya yang cerdik untuk mempromosikan diri, serta kemampuannya dalam menarik pelbagai industri untuk menjadi kliennya.

Syarikat ini merupakan salah satu dari empat agensi pengiklanan terbesar di dunia, bersama WPP, Interpublic, dan Omnicom. Syarikat ini dipimpin oleh Arthur Sadoun dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan tradisional dan digital, perkhidmatan media, serta perkhidmatan pemasaran untuk klien nasional dan multinasional.