Pualaman kertas
Pualaman kertas (Jawi: ڤوالمن کرتس) ialah kaedah menghias permukaan yang berasaskan air yang boleh menghasilkan corak menyerupai pualam, marmar licin atau jenis batu lain. Corak tersebut terhasil apabila warna dibiarkan terapung di atas air biasa atau larutan likat yang dikenali sebagai pensaizan, sebelum dipindahkan dengan teliti ke permukaan yang dapat menyerap, seperti kertas atau kain. Sepanjang beberapa abad, bahan berpualam telah digunakan pada pelbagai jenis permukaan. Ia sering digunakan sebagai permukaan penulisan untuk kaligrafi, dan terutamanya pada kulit buku dan kertas lapik kulit dalam penjilidan buku serta alat tulis. Sebahagian daya tarikannya terletak pada hakikat bahawa setiap cetakan merupakan satu-satunya salinan yang unik, iaitu monotaip.