Puak Padri
Puak Padri ialah gelaran yang diberikan kepada sekelompok yang menyokong penyusunan masyarakat orang Minangkabau mengikut Syariah Islam. Sebutan ini sering digunakan terutamanya semasa berlakunya Perang Padri apabila puak ini berjuang menentang kerajaan Minangkabau untuk melaksanakan Syariah secara menyeluruh dalam kawasan Kerajaan Pagaruyung.
Perkataan padri merupakan kata pinjaman yang, menurut Sutan Mohammad Zain, berasal daripada bahasa Portugis. Kata ini memberi maksud pendeta, atau sama maksud dengan kata padre dalam bahasa Sepanyol. Namun, sebahagian sejarawan berpendapat bahawa kata "padri" ialah gelaran buat para ulama yang pernah menerima pendidikan agama Islam di Pedir, sebuah tempat di Aceh yang kini bernama Pidie.