Protokol Kyoto

Protokol Kyoto
Protokol Kyoto dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim
  Pihak Lampiran B dengan sasaran terikat dalam penggal kedua
  Pihak Lampiran B dengan sasaran terikat dalam penggal pertama tetapi bukan yang kedua
  Pihak bukan Lampiran B tanpa sasaran terikat
  Pihak Lampiran B dengan sasaran terikat dalam penggal pertama tetapi yang menarik diri dari Protokol
  Pendanatangan Protokol yang tidak menerima pengesahan
  Pemerhati dan ahli negara PBB yang bukan dari pihak Protokol
Berkuat kuasa
16 Februari 2005
SyaratRatifikasi oleh sekurang-kurangnya 55 negara konvensyen
Tamat tempoh
Dalam bidang kuasa (tempoh komitmen pertama tamat pada 31 Disember 2012).
Pihak192 Kesatuan Eropah, Pulau Cook, Niue dan semua anggota negeri PBB kecuali Kanada, Sudan Selatan dan Amerika Syarikat.
Pemegang simpanan
Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Bahasa
Protokol Kyoto di Wikisumber
sunting
Sambungan Protokol Kyoto (2012-20)
Pindaan Doha dalam Protokol Kyoto
Penerimaan terhadap Pindaan Doha
  Negara pengantara
  Pihak protokol Kyoto yang tidak mengantara
  Pihak yang bukan daripada Protokol Kyoto
Dirangka8 Disember 2012
Berkuat kuasa
Tidak dikuatkuasakan
SyaratPerantaraan oleh 144 pihak (3/4 daripada 192 Pihak) diperlukan
Pengantara64
Pindaan Doha dalam Protokol Kyoto di Wikisumber
sunting

Protokol Kyoto merupakan persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), yang diterima sejagat tentang perihal pemanasan global. Negara-negara yang bersetuju untuk melaksanakan protokol ini di negara masing-masing berkomitmen untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca lain, atau bekerjasama dalam perdagangan kontrak pembebasan gas jika mereka menjaga jumlah atau menambah pembebasan gas-gas tersebut, yang menjadi punca gejala pemanasan global.

Jika berjaya dilaksanakan, Protokol Kyoto berupaya menurunkan kenaikan suhu global antara 0.02 °C dan 0.28 °C setahun sehingga tahun 2050. (sumber:Nature, Oktober 2003)

Nama rasmi protokol ini ialah Kyoto Protocol to the United Nations Framework Convention on Climate Change (Protokol Kyoto berkenaan Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim). Protokol ini telah dibentangkan di Kyoto, Jepun pada Disember 1997, dibuka untuk pendanatanganan pada 16 Mac 1998 dan ditutup pada 15 Mac 1999. Persetujuan ini mula berkuat kuasa pada 16 Februari 2005 setelah pengesahan rasmi dilakukan oleh Rusia pada 18 November 2004.