Program Latihan Khidmat Negara
Satu Semangat Satu Tekad (2003-2018),1 Malaysia 1 PLKN (2009-2018),Kekuatan Melalui PLKN (2025-sekarang) | |
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 30 Oktober 2002 (Program PLKN diperkenalkan semula pada 9 Oktober 2023) |
| Ibu pejabat | Wangsa Maju,Kuala Lumpur |
| Belanjawan tahunan | RM 200 juta (PLKN 3.0) |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Pertahanan Malaysia |
Laman sesawang | https://jlkn.mod.gov.my/index.php |
Program Latihan Khidmat Negara (Jawi: ڤروݢرم لاتيهن خدمت نݢارا) atau PLKN ialah sebuah kursus latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan persekutuan Malaysia. Ia mula digagaskan pada 2002 dengan pembentukan Jabatan Latihan Khidmat Negara, dan memulakan program pada 2004. Pelaksanaannya pernah ditangguhkan pada 2015 , dan diperkenalkan semula pada 2016, dengan anggaran pelaksanaan penuh pada 2019.
Walau bagaimanapun, program ini telah dimansuhkan pada 2018 apabila kerajaan persekutuan diambil alih oleh Pakatan Harapan. Pada 9 Oktober 2023, Menteri Pertahanan Malaysia, telah mengumumkan bahawa pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dijalankan untuk meneruskan PLKN dengan kerangka latihan yang berbeza. Pada 27 Jun 2024, mesyuarat kabinet yang telah dipengerusikan oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju supaya Kementerian Pertahanan Malaysia melaksanakan semula PLKN dengan konsep dan format baharu yang baik untuk semua yang berumur antara 17 -25 tahun dan had tangguh sampai 30 sahaja.