Program Generasi 2024


Sukan Olimpik Musim Panas 2024
  • Larian obor
  • Jadual Pingat (pemegang pingat)
  • Rumusan kronologi

Program Generasi 2024 (Inggeris: Generation 2024, Perancis: Génération 2024) merupakan sebuah program pendidikan di Perancis yang dilancarkan oleh pihak penganjur Sukan Olimpik 2024 dan Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kebangsaan Perancis sempena Sukan Olimpik 2024. Program ini bertujuan untuk menggalakkan komuniti pendidikan dan pelajar sekolah terlibat dalam aktiviti sukan, mempelajari sejarah sukan serta nilai-nilai yang didapati dalam sukan seperti saling menghormati dan penglibatan. Program Generasi 2024 juga memperkenalkan label Generasi 2024 yang dianugerahkan kepada institusi pendidikan yang bergiat aktif dalam mempromosikan sukan dalam kalangan pelajar dan kakitangannya.