Pristin
Pristin | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Juga dikenali sebagai | Pledis Girlz |
| Asal | Seoul, Korea Selatan |
| Genre | K-pop |
| Tahun aktif | 2016–2019 |
| Diskografi | Lihat: Pristin discography (en) |
| Syarikat rakaman | Pledis Entertainment |
| Kegiatan berkaitan | |
| Anggota | Lim Na-young Shannon Bae Kyla Kang Kyung-won Kim Minkyeung Xiyeon Zhou Jieqiong Kang Yae-bin Jung Eun-woo Yehana |
| Bekas anggota |
|
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | Laman sesawang rasmi |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Pristin (Korea: 프리스틴; digayakan dalam semua huruf besar dan nama pra-debut Pledis Girlz) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubukan oleh Pledis Entertainment pada tahun 2016. Kumpulan ini terdiri daripada sepuluh orang ahli: Nayoung, Roa, Yuha, Eunwoo, Rena, Kyulkyung, Yehana, Sungyeon, Xiyeon dan Kyla. Kebanyakan mereka pernah muncul di rancangan televisyen Produce 101 dan sebagai hadiah kerana menjadi dua daripada peserta terbaik, Nayoung dan Kyulkyung meneruskan debut sebagai sebahagian daripada kumpulan projek wanita I.O.I, sebelum bersatu semula dengan ahli lain untuk debut sebagai Pristin pada 21 Mac 2017, dengan album mini pertama mereka Hi! Pristin. Pristin dikenali sebagai kumpulan yang dapat menulis dan menggubah muzik mereka sendiri. Selepas hampir setahun setengah tanpa aktiviti, kumpulan ini dibubarkan pada 24 Mei 2019 apabila hanya 3 daripada 10 orang ahli memperbaharui kontrak mereka dengan Pledis Entertainment.