Senarai ketua negara Republik Afrika Tengah
| Presiden Republik Afrika Tengah | |
|---|---|
Jata Republik Afrika Tengah | |
| Kediaman | Istana Renaissance, Bangui |
| Pusat | Bangui |
| Tempoh jawatan | Lima tahun, boleh diperbaharui semula sekali |
| Penjawat sulung | David Dacko |
| Dibentuk | 12 Disember 1960 21 September 1979 (jawatan ditubuhkan semula) |
| Gaji | 3 049 Euro setiap bulan |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Rencana ini menyenaraikan ketua negara Republik Afrika Tengah. Telah ada tujuh ketua negara Republik Afrika Tengah dan Empayar Afrika Tengah sejak kemerdekaan diperoleh dari Perancis pada 13 Ogos 1960. Senarai ini merangkumi bukan sahaja mereka yang dilantik sebagai Presiden Republik Afrika Tengah tetapi juga mereka yang berkhidmat sebagai ketua negara de facto.
Jean-Bédel Bokassa berkhidmat sebagai ketua negara de facto (dan juga memerintah sebagai Maharaja dari tahun 1976-1979), sementara David Dacko (yang berkhidmat sebagai ketua negara de facto dari 1979–1981), André Kolingba, Ange-Félix Patassé, dan François Bozizé terpilih menjawat pada satu ketika semasa tempoh memegang jawatan mereka. Sehingga kini, Kolingba adalah satu-satunya bekas ketua negara Republik Afrika Tengah yang secara sukarela mengundurkan diri dari jawatan tersebut melalui proses demokrasi, berikutan pilihan raya umum 1993.
Presiden Republik Afrika Tengah yang sekarang ialah Faustin-Archange Touadéra, sejak 30 Mac 2016.