PopCap Games

PopCap Games, Inc.
Dulunya Sexy Action Cool (2000)
Jenis Anak syarikat
Industri Permainan video
Ditubuhkan 2000 (2000)
Penubuh John Vechey

Brian Fiete

Jason Kapalk

Ibu pejabat
Orang penting
Matt Nutt (pengurus besar)
Produk Senarai permainan video
Bilangan pekerja
~400 (2010)
Syarikat induk Electronic Arts (2011–present)
Divisyen PopCap Seattle

PopCap Vancouver

PopCap Shanghai

PopCap Hyderabad

Laman sesawang ea.com/ea-studios/popcap

PopCap Games, Inc. merupakan pembangun permainan video Amerika yang bertempat di Seattle, dan anak syarikat Electronic Arts. Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2000 oleh John Vechey, Brian Fiete dan Jason Kapalka.

Pada asalnya diasaskan di bawah nama "Sexy Action Cool", produk pertama mereka merupakan permainan poker bogel yang berfungsi sebagai sumber pendapatan untuk projek-projek lain yang akan datang. PopCap telah membangunkan beberapa permainan video untuk komputer, konsol dan peranti mudah alih, dengan permainan mereka terlaris merupakan Bejeweled dan Plants vs. Zombies. PopCap telah dijual kepada Electronic Arts pada tahun 2011.