Meranti kuantan

Meranti kuantan
Damar hitam siput besar
Anak pokok meranti kuantan di Pusat Pembangunan Hutan Bukit Sekilau, Kuantan
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Dipterocarpaceae
Genus: Shorea
Spesies:
S. kuantanensis
Nama binomial
Shorea kuantanensis
(P.S. Ashton) P.S. Ashton & J. Heck
Sinonim

Shorea kuantanensis Ashton

Meranti kuantan atau dikenali sebagai damar hitam siput besar (shorea kuantanensis) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Dipterocarpaceae genus Shorea yang terdapat di kawasan hutan-hutan Malaysia dan hanya di Semenanjung Malaysia. Ianya telah ditemui pada tahun 1936 di kawasan Hutan Simpan Bukit Goh, Kuantan.

Pokok ini pernah diisytiharkan pupus oleh buku Malaysian Plant Red List: Peninsular Malaysian Dipterocarpaceae pada tahun 2010 akibat penukaran status guna tanah yang berlaku di HSK Bukit Goh kepada ladang kelapa sawit. Menurut buku Spesies Dipterokarpa Terancam di Semenanjung Malaysia, pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia mendapati pokok ini ialah salah satu takson untuk spesies Dipterocarpaceae sahaja berkemungkinan pupus di kawasan Semenanjung Malaysia.

Walau bagaimanapun pada tahun 2014, pokok ini dijumpai semula di kawasan TER Lata Tembakah iaitu Kompartmen 47, Hutan Simpan Pelagat, Hulu Besut di Terengganu. Kawasan yang ditemui tersebut telah ditubuhkan sebagai petak Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemuliharaan Yang Tinggi (HCVF) serta usaha untuk mendapatkan biji benih pokok tersebut untuk ditanam.