Pokémon: Lucario and the Mystery of Mew

Pokémon: Lucario and the Mystery of Mew
PengarahKunihiko Yuyama
D. C. Douglas
PenulisHideki Sonoda
Dihasilkan olehJim Malone
DibintangiRica Matsumoto
Ikue Ohtani
Megumi Hayashibara
Shinichirō Miki
Fushigi Yamada
Inuko Inuyama
Daisuke Namikawa
Daisuke Gori
Momoko Kikuchi
Diedarkan olehToho (Jepun)
VIZ Media (AS, DVD sahaja)
Tarikh tayangan
17 Julai, 2005 (Jepun)
10 September 2006 (Amerika Utara)
Masa tayangan
100 min.
NegaraJapan
United States
Canada
BahasaJepun

Pokémon: Lucario and the Mystery of Mew (ミュウと波導の勇者 ルカリオ, Gekijōban Poketto Monsutā Adobansu Jenerēshon Myū to Hadō no Yūsha Rukario) ialah filem kelapan Pokémon. Ia telah ditayangkan di pawagam-pawagam Jepun pada 16 Julai 2005, diikuti dengan keluaran DVD Jepun pada 22 Disember 2005. Versi alih suara bahasa Inggeris pertama dikeluarkan dalam bentuk DVD di Australia pada 16 Ogos 2006, dengan diikuti AS pada 10 September 2006 oleh VIZ Media. Filem ini ialah filem terakhir yang dialih suara dalam bahasa Inggeris oleh 4Kids Entertainment, dengan pelakon-pelakon asal. Latar belakang filem ini berdasarkan lawatan Kunihiko Yuyama ke Bavaria, Jerman. Istana Neuschwanstein dan Istana Linderhof dijadikan asas untuk latar filem ini.

"Hajimari no Uta", lagu tema akhir untuk versi Jepun dipersembahkan oleh Puffy AmiYumi. Untuk versi alih suara bahasa Inggeris pula, "We Will Meet Again" dipersembahkan oleh John Siegler.