Pokémon: Destiny Deoxys
| Pokémon: Destiny Deoxys | |
|---|---|
| Pengarah | Kunihiko Yuyama Darren Dunstan |
| Penulis | Hideki Sonoda |
| Dihasilkan oleh | Jim Malone |
| Dibintangi | Rica Matsumoto Fushigi Yamada Yūji Ueda Takako Uehara Inuko Inuyama Noriko Hidaka Kōichi Yamadera Kenji Nojima Maria Yamamoto Nana Mizuki Ikue Ōtani |
| Diedarkan oleh | Toho (Jepun) Miramax Films (Amerika Utara) |
Tarikh tayangan | 22 Julai 2004 (Jepun) 22 Januari 2005 (Amerika Utara) |
Masa tayangan | 98 min. |
| Negara | Jepun Amerika Syarikat |
| Bahasa | Jepun Inggeris |
Pokémon: Destiny Deoxys (劇場版ポケットモンスター アドバンスジェネレーション 裂空の訪問者 デオキシス, Gekijōban Poketto Monsutā Adobansu Jenerēshon Rekkū no Hōmonsha Deokishisu) ialah filem ketujuh dalam siri anime Pokémon. Ia merupakan filem kedua dalam Pocket Monsters Advanced Generation di Jepun. Versi asal Jepun ditayangkan pada 22 Julai 2004 dan kemudian disunting untuk keluaran Amerika. Adaptasi bahasa Inggerisnya mula ditayangkan di Kids' WB pada 22 Januari 2005 sebelum keluar dalam bentuk DVD dan video pada 15 Februari 2005.
Destiny Deoxys merupakan filem pertama yang tidak dimulakan dengan sketsa animasi pendek. Pokémon yang biasanya ditonjolkan dalam sketsa sebaliknya muncul sebagai sampingan dalam filem utamanya. Ia juga filem pertama yang menonjolkan Munchlax.
Yuyama Kunihiko telah melawat badar Vancouver, Kanada untuk mendapatkan idea kepada latar filem ini.