Plinius yang Muda

Plinius yang Muda (Gaius Plinius Caecilius Secundus)
Tugu Plinius yang Muda pada hadapan Katedral Santa Maria Maggiore di Como.
Kelahiran61 M
Meninggal duniasekitar 113 M (berusia kira-kira 52 tahun)
PekerjaanAhli politik, hakim, penulis
Ibu bapaLucius Caecilius Cilo dan Plinia Marcella

Gaius Plinius Caecilius Secundus, lahir sebagai Gaius Caecilius atau Gaius Caecilius Cilo (61 – c. 113), lebih dikenali juga sebagai Plinius yang Muda, merupakan seorang peguam, penulis, dan majistret dari Roma Kuno. Bapa saudaranya Plinius yang Tua membesarkan serta mendidiknya. Kedua-dua anak beranak ini menyaksikan letusan dahsyat gunung Vesuvius pada tahun 79 Masihi, di mana Plinius yang Tua turut meninggal dari kejadian tersebut.

Plinius Caecilius menulis ratusan pucuk surat, 247 daripadanya masih terselamat dan mempunyai nilai sejarah yang besar. Surat-surat ini ada yang ditujukan kepada maharaja yang memerintah atau tokoh-tokoh terkemuka seperti sejarawan Tacitus. Beliau berkhidmat sebagai seorang majistret imperial di bawah Maharaja Traianus (memerintah 98-117), dan surat-suratnya kepada Trajan menyediakan salah satu catatan yang masih wujud mengenai hubungan antara pejabat maharaja dengan gabenor wilayahnya.