Playdia

Bandai Playdia
PengilangBandai
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kelima
Ketersediaan runcit 23 September 1994
MediaCD-ROM
CPUToshiba TMP87C800F (8 Bit) berkelajuan 8 MHz
Input pengawalAlat pengawal tanpa wayar (infra merah)

Playdia (プレイディア, Pureidia) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Bandai pada tahun 1994. Konsol ini hanya dipasarkan secara ekslusif di Jepun. Pada awal pelancaran konsol ini, ianya disasarkan kepada golongan kanak-kanak sehingga dewasa atau pengguna yang sudah berkeluarga. Judul-judul permainan video seperti Ultraman dan Welcome to Alphabet lebih kepada konsep pembelajaran. Namun begitu, Bandai tidak mendapat sebarang keuntungan daripada pasaran konsol ini sebulan selepas ianya dilancarkan menyebabkan mereka mengubah strategi pemasaran konsol ini dengan memperkenalkan beberapa judul permainan video dari kategori hentai sebagai cara untuk menarik minat pengguna.