Play Dead

"Play Dead"
Single oleh Björk
daripada album Debut
Dilancarkan11 Oktober, 1993
FormatCakera padat, rekod vinil 12", rekod vinil 7", kaset
GenreTrip-hop, elektronika
Panjang4:00 (Remix 7-inci Tim Simenon) / (Versi album)
4:01 (Mix orkestra Tim Simenon)
5:26 (Remix 12-inci Tim Simenon)
3:57 (Versi instrumental Tim Simenon)
SyarikatUniversal Records
One Little Indian
PenulisBjörk
David Arnold
Jah Wobble
PenerbitDavid Arnold
Danny Cannon
Kronologi single Björk
""Venus As A Boy"
(1993)"
"Play Dead" ""Big Time Sensuality"
(1993)"
Kulit lain
Kulit keluaran 12 inci UK
sunting · sunting di Wikidata

"Play Dead" ialah sebuah lagu yang ditulis oleh Björk, David Arnold dan Jah Wobble serta diterbitkan oleh David Arnold dan Danny Cannon. Lagu ini telah dilancarkan sebagai single pada tahun 1993. Lagu ini merupakan sebuah karya "kelam" diselitkan dengan alunan alat tali yang muram dan lirik yang berkisar tentang berpura-pura lali untuk menghindari kesakitan emosi.

Lagu ini pada mulanya hanyalah sebuah lagu bukan album yang dirakam khas untuk filem The Young Americans dan dirancang untuk pelancaran single. Walau bagaimanapun, lagu ini telah dimuatkan sebagai lagu bonus dalam album Debut keluaran UK dan Jepun.

Lagu ini kemudiannya telah diadun semula oleh Tim Simenon. Pada waktu pelancaran single ini, "Play Dead" merupakan lagu Björk yang paling berjaya, di mana lagu ini berjaya mencapai kedudukan ke-12 di UK.