Plane Crazy

Plane Crazy
Siri Mickey Mouse
PengarahUb Iwerks
Walt Disney
PenerbitWalt Disney
Penulis ceritaWalt Disney
Ub Iwerks
PemuzikCarl Stalling (versi berbunyi)
JuruanimasiUb Iwerks
Hugh Harman
Rudolf Ising
StudioWalt Disney Productions
PengedarCelebrity Pictures
Buena Vista
Tarikh keluaran15 Mei 1928 (bisu)
29 Disember 1928 (berbunyi)
Proses warnaHitam Putih (Filem) / Lukis Semula Diperwarna (TV)
Tempoh6 min (segulung)

Plane Crazy adalah kartun animasi Mickey Mouse yang pertama sekali, keluar pada 15 Mei 1928 dalam bentul filem senyap, kemudian diisi runu bunyi oleh Carl W. Stalling untuk keluaran semula 29 Disember 1928.

Filem pendek ini diarah oleh Walt Disney bersama Ub Iwerks yang juga memainkan peranan sebagai juruanimasi utama filem ini. Iwerks dilaporkan menghabiskan enam minggu mengusahakannya. Hugh Harman dan Rudolf Ising diberi penghargaan kerana membantu Disney dan Iwerks; mereka berdua sudah menandatangani kontrak bersama Charles Mintz, tetapi Mintz masih dalam proses pembentukan studio barunya, jadi ketika ini mereka masih bekerja untuk Disney.

Tajuk asal filem ini adalah "Mickey Mouse In Plane Crazy", kemudian setelah Walt Disney mendapat hak cipta versi berbunyinya pada 1930, tajuknya dipendekkan kepada "Plane Crazy".