Pilihan raya umum Tonga 2021

Pilihan raya umum Tonga 2021

18 November 2021

17 daripada 26 kerusi Dewan Undangan Tonga
  Parti pertama Parti kedua
 
Pemimpin Semisi Sika Pohiva Tuʻiʻonetoa
Parti Parti Demokratik Kepulauan Mesra Parti Rakyat Tonga
Kerusi pemimpin Tongatapu 2 (kalah) Tongatapu 10
Pilihan raya
lepas
14 Baharu
Kerusi sebelum 8 5
Kerusi yang
dimenangi
3 3

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Pohiva Tuʻiʻonetoa
Parti Rakyat Tonga

Terpilih

Siaosi Sovaleni
Bebas

Pada 18 November 2021, sebuah pilihan raya umum telah diadakan di Tonga untuk memilih 17 daripada 26 orang ahli Dewan Undangan Tonga.

Susulan pilihan raya, Viliami Tangi dipilih sebagai Speaker sementara. Tiga calon pada mulanya meluahkan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri: Perdana Menteri interim Pohiva Tuʻiʻonetoa, bekas Menteri Kewangan ʻAisake Eke dan bekas Timbalan Perdana Menteri Siaosi Sovaleni. Tuʻiʻonetoa kemudiannya menarik balik pencalonannya, menjadikan Sovaleni sebagai orang terhadapan.

Parlimen Tonga bermesyuarat pada 15 Disember lalu mencalonkan Sovaleni dan Eke sebagai Perdana Menteri. Seterusnya, Sovaleni terpilih dengan 16 undian. Sementara itu, Fatafehi Fakafanua pula dipilih semula sebagai Speaker.