Pilihan raya umum Thailand 2011

Pilihan raya umum Thailand 2011

3 Julai 2011

Kesemua 500 kerusi Dewan Perwakilan Thailand
  Parti pertama Parti kedua
 
Pemimpin Yingluck Shinawatra Abhisit Vejjajiva
Parti Pheu Thai Demokratik
Pemimpin sejak 16 Mei 2011 6 Mac 2005
Pilihan raya
lepas
Tidak bertanding 164 seats, 30.30%
Kerusi yang
dimenangi
265 159
Perubahan kerusi 265 5

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Abhisit Vejjajiva
Demokrat

Perdana Menteri

Yingluck Shinawatra
Pheu Thai


Sebuah pilihan raya umum berlangsung di seluruh Thailand pada hari Ahad, 3 Julai 2011, atas Dekri Diraja untuk Membubarkan Dewan Perwakilan, BE 2554 (2011) yang menyebabkan pembubaran Dewan Perwakilan pada 10 Mei 2011.

Cadangan bagi mengadakan pilihan raya pada 14 November 2010 pernah diusulkan dahulu, tetapi terpaksa ditangguhkan. Pengisytiharan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva agar mengadakan pilihan raya itu timbul ekoran pergolakan selama berbulan-bulan oleh Barisan Bersatu untuk Demokrasi Menentang Kediktatoran (UDD) atau penyokong "Baju Merah" bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra. Pihak pembangkang nyata meluahkan sokongan bagi rancangan itu, tetapi lebih mengehendaki bahawa parlimen dibubarkan.

Dengan peratusan kehadiran pengundi tersenarai pada 66%, Parti Pheu Thai yang populis mendapat kuasa politik majoriti dengan 265 kerusi, sementara ketua parti ini, Yingluck Shinawatra menjadi perdana menteri wanita pertama dalam sejarah Thailand. Parti Demokrat pula menjadi parti pembangkang utama dengan 159 kerusi.