Pilihan raya presiden Singapura 2023


1 September 2023
Terdaftar2,709,455 ( 7.66%)
Pengundi hadir93.41% ( 1.39pp)
 
Calon Tharman Shanmugaratnam Ng Kok Song Tan Kin Lian
Parti Bebas Bebas Bebas

Penjawat kini Presiden

Halimah Yacob
Bebas

Terpilih


Pilihan raya presiden Singapura 2023 diadakan pada 1 September 2023 untuk memilih presiden seterusnya selepas akhirnya penggal presiden penyandang, Halimah Yacob.

Dalam pertandingan jawatan tak berkepartian, calon-calon yang bertanding ialah Tharman Shanmugaratnam, Ng Kok Song dan Tan Kin Lian, kesemuanya sama ada bebas atau telah melepaskan keahlian parti politik.

Tharman memenangi sebanyak 70.40% undian menjadi calon bukan kaum Cina pertama meraih keputusan besar sedemikian; beliau bakal dilantik sebagai Presiden ke-9 Singapura pada 14 September. Sementara itu, Ng dan Tan masingmasing memenangi 15.72% dan 13.88% undian.