Pilihan raya presiden Perancis 2022

Pilihan raya presiden Perancis 2022

10 April 2022 (pusingan 1)
24 April 2022 (pusingan 2)
Tinjauan pendapat
Terdaftar48,747,876 (pusingan 1)
48,752,500 (pusingan 2)
Pengundi hadir73.69% (pusingan 1)
71.99% (pusingan 2)
 
Calon Emmanuel Macron Marine Le Pen
Parti LREM RN
Undian popular 18,779,641 13,297,760
Peratusan 58.5% 41.5%

Peta keputusan pilihan raya presiden Perancis mengikut wilayah dan jabatan pada pusingan pertama

Peta keputusan pilihan raya presiden Perancis mengikut wilayah dan jabatan pada pusingan kedua

Presiden sebelum pilihan raya

Emmanuel Macron
La République En Marche!

Terpilih

Emmanuel Macron
La République En Marche!

Pilihan raya presiden Perancis 2022 telah diadakan pada 10 dan 24 April 2022. Memandangkan tiada calon memenangi majoriti undi pada pusingan pertama, satu pusingan penentu lagi diadakan antara dua calon teratas pada 24 April 2022 di mana Emmanuel Macron mengalahkan Marine Le Pen dan dilantik semula sebagai Presiden Perancis. Macron daripada La République En Marche! (LREM) yang menyandang kerusi Presiden Perancis pernah mengalahkan Marine Le Pen, ketua Rassemblement national (RN) dalam pilihan raya 2017.

Pilihan raya ini akan diikuti oleh pilihan raya perundangan Perancis 2022 yang akan diadakan pada 12 Jun dengan pilihan raya penentu pada 19 Jun, untuk memilih 577 ahli daripada Perhimpunan Kebangsaan, dewan rendah Parlimen Perancis.