Pilihan raya perundangan Israel 2020

Pilihan raya perundangan Israel 2020

2 Mac 2020

Semua 120 kerusi Knesset
61 kerusi diperlukan untuk majoriti
Keluar71.5%
Parti Pemimpin % Kerusi ±
Likud Benjamin Netanyahu 29.46% 36 +4
Blue and White Benny Gantz 26.59% 33 0
Joint List Ayman Odeh 12.67% 15 +2
Shas Aryeh Deri 7.69% 9 0
United Torah Judaism Yaakov Litzman 5.98% 7 0
Buruh–Gesher–Meretz Amir Peretz 5.83% 7 -3
Yisrael Beiteinu Avigdor Lieberman 5.74% 7 -1
Yamina Naftali Bennett 5.24% 6 -1
Senarai parti ini yang memenangi kerusi. Lihat keputusan penuh di bawah.
Sebelum Perdana Menteri Selepas Perdana Menteri
Benjamin Netanyahu
(Kerajaan sementara)
Likud
TBD

Pada 2 Mac 2020, sebuah pilihan raya perundangan telah dilaksanakan di Israel untuk melantik para ahli bagi 125 kerusi dalam Parlimen Israel, Knesset. Menurut perundangan Israel, pilihan raya perlu dijalankan tidak lewat daripada hari Selasa ketiga dalam bulan Ibrani, Cheshvan, empat tahun selepas pilihan raya sebelumnnya pada 17 September 2019.

Namun begitu, akibat kegagalan berterusan dalam kalangan parti-parti Israel untuk membentuk kerajaan, pilihan raya dilakukan dengan lebih awal, menjadikan pilihan raya ini sebagai pilihan raya ketiga dalam tempoh setahun selepas pilihan raya pada April dan September 2019. Pihak peninjau Israel menyatakan kebimbangan bahawa keadaan politik yang buntu telah melemahkan kepercayaan rakyat terhadap sistem politik yang telah berpecah belah.