Pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009
Pilihan raya Permatang Pasir 2009 merupakan pilihan raya kecil ke-8 yang diadakan di Malaysia selepas pilihan raya umum ke-12 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 6:30 pagi 31 Julai 2009 di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur. PAS mengekalkan kerusi DUN ini menerusi calonnya Mohd Salleh Man.