Pilihan raya kecil Galas 2010

Pilihan raya kecil Galas 2010 merupakan pilihan raya kecil ke-12 yang diadakan di Malaysia selepas pilihan raya umum ke-12 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Chek Hasim bin Sulaima pada 27 September 2010 akibat barah usus. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah berkata bahawa tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November 2010, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober 2010.

Pilihan raya kecil ini diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Batu Sapi.