Pilihan raya Filipina 2010

Pilihan raya umum Filipina 2010

10 Mei 2010
 
Calon Noynoy Aquino Joseph Estrada Richard Gordon
Parti Liberal PMP Bagumbayan-VNP
Calon pasangan Mar Roxas Jejomar Binay Bayani Fernando

 
Calon Gilberto Teodoro Eddie Villanueva Manny Villar
Parti Lakas-Kampi-CMD Bangon Pilipinas Parti Nasionalis
Calon pasangan Edu Manzano Perfecto Yasay, Jr. Loren Legarda

Keputusan akhir peringkat wilayah

Presiden sebelum pilihan raya

Gloria Macapagal-Arroyo
Lakas-Kampi-CMD

Terpilih

Noynoy Aquino
Liberal

Pilihan raya Filipina 2010 diadakan pada 10 Mei 2010 bagi memilih seorang Presiden, seorang Naib Presiden, 300 ahli senat dan 17,600 pegawai kerajaan tempatan. Pemenang akan menjadi Presiden Filipina ke-15 menggantikan Presiden Gloria Macapagal-Arroyo yang tamat tempoh. Naib Presiden Noli de Castro dibenarkan tetapi tidak bertanding untuk menjadi Presiden Filipina.

Pilihan raya ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya berdasarkan Undang-Undang Republik 9369. Ada 85,000 calon untuk 17,000 kerusi kebangsaan dan tempatan. 40 % pengundi berumur 18-35 tahun. 50 juta rakyat Filipina membuang undi di lebih 80,000 pusat pengundian.

Sesuai dengan perkembangan teknologi komputer, keputusan pilihan raya dikeluarkan secara automatik, buat kali pertama di Filipina. Sistem kiraan automatik ini berhadapan masalah teknikal namun kebanyakaannya dapat diselesaikan sebelum hari pengundian.. Bagaimanapun, keputusan tidak dapat dikeluarkan segera akibat tuduhan penipuan, kejadian keganasan dan sabotaj di sesetengah tempat.