Pili

Pili
Buah pili baru dipetik
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Burseraceae
Genus:
Canarium
Spesies:
ovatum
Nama binomial
C. ovatum
Engl.

Pili (nama saintifik: Canarium ovatum) ialah suatu spesies tumbuhan dari genus Canarium yang bertaburan asal di daerah Bicol merangkumi sebahagian semenanjung Bicol tenggara Luzon dalam kepulauan Filipina; ia turut tersebar ke rantau Visayas dan Mindanao.

Pokok-pokok dari spesies ini ditanam secara komersil untuk mendapatkan biji yang boleh dimakan ("kacang pili"). Rupa biji ini yang agak sama dengan yang ada pada spesies-spesies Canarium lain menjadikan ia kadangkala dinamakan sebagai "kacang kenari" (terutamanya di Indonesia) walaupun berbeza spesies.