Pileus (mikologi)
Pileus, atau turut disebut payung ataupun ketayap, secara teknikalnya, ialah nama bahagian bak payung atau topi bagi basidiokarpa atau askokarpa (jasad kulat berbuah) yang menyokong permukaan penghasil spora iaitu himenium. Himenium (himenofor) boleh terdiri daripada lamela, tiub, ataupun gigi di sisi bawah payungnya. Payung ini ciri bagi agarik, bolet, beberapa polipor, kulat gigi, dan beberapa askomiset.