Piala Malaysia 2012

Piala Malaysia 2012 merupakan edisi ke-86 Piala Malaysia. Kejohanan ini bermula 22 Ogos 2012 dan berakhir pada 20 Oktober 2012 dengan perlawanan akhir diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor.

Negeri Sembilan adalah juara bertahan dalam edisi kali ini tetapi hanya mara sehingga peringkat suku akhir. Kejohanan Piala Malaysia ini dimenangi oleh pasukan Kelantan.