Piala Malaysia 2010

Piala Malaysia 2010 merupakan edisi ke-84 Piala Malaysia. Kejohanan ini bermula pada 14 September dan berakhir pada 30 Oktober 2010 dengan perlawanan akhir diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebanyak 10 buah pasukan negeri, 5 pasukan kelab terbaik, dan Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia menyertai edisi kali ini.