Piala FA Malaysia 2015
| FA Cup | |
| Negara | Malaysia Singapura |
|---|---|
| Pasukan | 34 |
| Juara | Lions XII (Kejuaraan ke-1) |
| Naib juara | Kelantan FA |
| Piala AFC | Diganti oleh pasukan tempat kedua Liga Super Malaysia 2015. |
| Pemain terbaik | Izwan Mahbud |
← 2014 2016 → | |
Piala FA Malaysia 2015 merupakan edisi ke-26 Piala FA Malaysia. Juara akan layak mendapat tempat dalam Piala AFC 2016.
Pahang merupakan juara bertahan dalam edisi kali ini tetapi telah ditewaskan oleh Kelantan di peringkat separuh akhir dengan agregat 3-2.
Lions XII memenangi piala FA buat kali pertama selepas menumpaskan juara dua kali, Kelantan di peringkat akhir dengan jaringan 3-1. Kemenangan ini menjadikan mereka pasukan jemputan pertama memenangi piala ini sejak mula dianjurkan pada 1990.