Piala FA Malaysia 2009
| FA Cup | |
| Negara | Malaysia |
|---|---|
| Pasukan | 28 |
| Juara | Selangor (Gelaran Ke-5) |
| Naib juara | Kelantan |
← 2008 2010 → | |
Piala FA Malaysia 2009, dikenali sebagai TM Piala FA kerana mendapat tajaan Telekom Malaysia merupakan pertandingan kalah mati edisi yang ke-20 Piala FA dalam kalendar bola sepak Malaysia.
Naib juara musim lalu, Selangor menjuarai kejohanan ini dengan menewaskan Kelantan 4-1 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan pada perlawanan akhir.