Piala FA Malaysia 2007
| FA Cup | |
| Negara | Malaysia |
|---|---|
| Pasukan | 22 |
| Juara | Kedah (Gelaran Ke-2) |
| Naib juara | Perlis |
← 2006 2008 → | |
Piala FA Malaysia 2007 merupakan kejohanan Piala FA yang ke-18 dalam Liga Malaysia. Pertandingan ini bermula pada 6 Februari 2007, dan berakhir pada 30 Jun 2007. Stadium Batu Kawan menjadi gelanggang akhir perlawanan. Menjadi rekod pertandingan apabila 21 pasukan dan satu pasukan kebangsaan (Harimau Muda) dibenarkan bertanding pada edisi kali ini.
Pada edisi lepas (2006), Pahang menjadi juara untuk kali pertama menewaskan Perlis 4-2 menerusi sepakan penalti. Pada kali ini, giliran Kedah pula bertemu Perlis.