Piala Dunia Ragbi 2019

Piala Dunia Ragbi 2019
2019 ラグビーワールドカップ
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Jepun
Tarikh20 September hingga 2 November
Pasukan20 (93 kelayakan) (dari 6 konfederasi)
Tempat12
Kedudukan Akhir
Juara Afrika Selatan (Kejuaraan Ke-3)
Naib Juara England
Tempat Ketiga New Zealand
Tempat Keempat Wales
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan45
Jaringan gol295 (6.56 per perlawanan)
Kehadiran1,704,443 (37,877 per perlawanan)
Penjaring terbanyakHandré Pollard (69) - Afrika Selatan
Pemain terbaikJosh Adams (7 try) - Wales
← 2015
2023

Piala Dunia Ragbi 2019 merupakan sebuah acara pertandingan ragbi peringkat tertinggi yang pernah berlangsung di Jepun bermula sejak 20 September hingga 2 November 2019. Acara Piala Dunia ke-9 ini merupakan kali pertama pertandingan ini dianjurkan di benua Asia serta di luar dari tradisi pertandingan dalam sejarah Kesatuan Ragbi Sedunia.

Upacara pembukaan dijalankan di Stadium Ajinomoto, Chōfu, Tokyo manakala kejohanan peringkat akhir dijalankan di Stadium Yokohama / Nissan, Yokohama, Wilayah Kanagawa. Venue kejohanan diumukan pada September 2015 selepas penyertaan Jepun sebagai hos kejohanan terpilih. Manakala, Stadium Olimpik Kebangsaan di Tokyo sedang dalam pengubahsuaian untuk kejohanan Olimpik musim panas 2020.