Piala Cabaran Malaysia
| Negara | Malaysia |
|---|---|
| Ditubuhkan | 2018 |
| Bilangan pasukan | 8 |
| Juara semasa | Selangor (2024–25) |
| Kejuaraan terbanyak | Selangor PDRM Johor Darul Ta'zim II Terengganu II (Masing-masing 1 Trofi) |
| Rakan TV | |
| Tapak sesawang | Laman Rasmi |
| Musim 2024–25 | |
Piala Cabaran Malaysia atau Piala Cabaran MFL ( Inggeris: Malaysia Challenge Cup) adalah pertandingan yang diadakan di bawah naungan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Kejohanan ini dicipta untuk disertai pasukan dari Liga Super Malaysia dan pasukan Liga Premier Malaysia yang tidak layak ke kejohanan Piala Malaysia melalui kedudukan mereka pada akhir musim liga. Idea ini dicetuskan oleh FAM pada Disember 2017 sebagai penyelesaian ketidakaktifan pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia yang lebih berprestij. Pemerhati seperti FourFourTwo Malaysia melihat manfaat Piala Cabaran; sebagai satu lagi peluang emas untuk pesaing, mengekalkan kelebihan daya saing antara pasukan yang mengambil bahagian, dan sebagai cara untuk menganalisis pemain dalam pasukan mereka sebagai persediaan untuk musim depan.
Kejohanan sulung diadakan pada tahun 2018, dengan 8 pasukan dibahagikan kepada 2 kumpulan daripada 4 pasukan dan bermain secara 2 pusingan. Juara dan naib-juara setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati, dengan setiap pusingan diadakan di gelanggang sendiri dan lawan dan termasuk di perlawanan akhir. Kejohanan ini diadakan serentak dengan Piala Malaysia. Cuma perlawanan Piala Cabaran dimainkan pada pertengahan minggu (Selasa, Rabu) bertentangan dengan perlawanan Piala Malaysia yang dimainkan pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad).
Pemenang kejohanan ini pada masa depan boleh menerima slot ke Piala Malaysia, berdasarkan kejayaan Piala Cabaran dan penstrukturan semula kelayakan Piala Malaysia.