Piala Belia Malaysia
| Negara | Malaysia |
|---|---|
| Konfederasi | AFC |
| Ditubuhkan | 2008 |
| Divisyen | Belia (Bawah 19 Tahun) |
| Bilangan pasukan | 20 |
| Juara semasa | Johor Darul Ta'zim IV (2024) |
| Kejuaraan terbanyak | Selangor B19 (4 Trofi) |
| Rakan TV | |
| Tapak sesawang | http://www.fam.org.my/ |
| Musim 2024 | |
Piala Belia Malaysia adalah sebuah persaingan bola sepak amatur di Malaysia untuk pemain di bawah-19. Sejak awal, pada tahun 2008, Piala Belia telah menjadi kejohanan yang besar untuk pemain di bawah-19 tahun. Pada tahun 2009 hingga 2011, pertandingan itu digabungkan dengan Piala Presiden. Pada 2015 format pertandingan ditukar kepada format liga. Untuk musim 2020, pertandingan ini dibatalkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akibat Pandemik COVID-19.