Piala Asia B-23 AFC 2020

Piala Asia B-23 AFC 2020
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Thailand
Tarikh8–26 Januari 2020
Pasukan16 (dari 1 konfederasi)
Tempat(di 4 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Korea Selatan (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Arab Saudi
Tempat Ketiga Australia
Tempat Keempat Uzbekistan
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan32
Jaringan gol69 (2.16 per perlawanan)
Kehadiran107,402 (3,356 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Nicholas D'Agostino
Mohammed Nassif
Jaroensak Wonggorn
Zaid Al-Ameri
Islom Kobilov (Masing-masing 3 gol)
Pemain terbaik Won Du-jae
Penjaga gol terbaik Song Bum-keun
Anugerah Permainan Bersih Arab Saudi
2018
2022

Piala Asia B-23 AFC 2020 (juga dikenali sebagai Kejohanan Asia B-23 AFC 2020) adalah merupakan edisi ke-3 Piala Asia B-23 AFC, sekatan umur kejohanan bola sepak antarabangsa empat tahun sekali yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi pasukan negara lelaki bawah 23 tahun di Asia. Sebanyak 16 pasukan bersaing dalam kejohanan ini. Kejohanan ini akan dijadualkan berlangsung 8 Januari hingga 26 Januari 2020.

Kejohanan B-23 AFC ini akan bertindak sebagai kelayakan AFC untuk kejohanan bola sepak Olimpik. Tiga pasukan teratas kejohanan itu akan melayakkan diri ke kejohanan bola sepak lelaki Sukan Olimpik 2020 di Jepun sebagai wakil AFC. Jepun sebagai pasukan tuan rumah sudah pun layak ke Sukan Olimpik 2020, jika mereka mencapai separuh akhir, pasukan tempat keempat juga layak.

Uzbekistan adalah juara bertahan, but were eliminated in the semi-finals. Korea Selatan menjadi negara keempat berbeza yang memenangi kejohanan, dengan mengalahkan Arab Saudi di pentas akhir, sementara Australia mengalahkan Uzbekistan dalam penentuan tempat ketiga dengan 1-0.