Piala Asia AFC 2007
| เอเชียนคัพ 2007 (Thai) Cúp bóng đá châu Á 2007 (Vietnam) | |
|---|---|
Logo Piala Asia 2007 | |
| Perincian kejohanan | |
| Negara-negara tuan rumah | Indonesia Malaysia Thailand Vietnam |
| Tarikh | 7 Julai – 29 Julai |
| Pasukan | 16 (dari 1 konfederasi) |
| Tempat | 8 (di 7 bandar) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Iraq (Kejuaraan Ke-1) |
| Naib Juara | Arab Saudi |
| Tempat Ketiga | Korea Selatan |
| Tempat Keempat | Jepun |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 32 |
| Jaringan gol | 84 (2.63 per perlawanan) |
| Kehadiran | 724,222 (22,632 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Younis Mahmoud Yasser Al-Qahtani Naohiro Takahara (4 gol) |
| Pemain terbaik | Younis Mahmoud |
← 2004 2011 → | |
Piala Asia 2007 dianjurkan oleh AFC merupakan kejohanan bola sepak Asia yang telah berlangsung pada 7 Julai hingga 29 Julai 2007. Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam menjadi tuan rumah edisi Piala Asia ini dan ia merupakan julung-julung kali empat buah negara menjadi tuan rumah bagi pertandingan paling berprestij di Asia. Buat pertama kali, Iraq berjaya menjadi juara.
Sebelum ini Piala Asia diadakan setiap 4 tahun dari tahun seterusnya, yang mana sebelum ini diadakan di China pada tahun 2004. Walau bagaimanapun disebabkan tarikh tahunannya selari dengan masa Sukan Olimpik Musim Panas dan Kejohanan Bola Sepak Eropah (2004, 2008, 2012 dll.), pihak AFC telah membuat keputusan untuk mengubah tahun pertandingan itu kepada tahun 2007, dan pertandingan tersebut akan bermula pada setiap empat tahun selepas daripada tahun berkenaan.
Ini merupakan pertandingan besar AFC yang julung-julung kalinya disertai oleh Australia sebagai ahli.