Piala Asia 2025

Piala Asia Lelaki 2025 (juga dikenali sebagai Piala Asia DP World atas sebab penajaan) meruplan edisi ke-17 kejohanan kriket Piala Asia . Ia berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 9 hingga 28 September 2025. Perlawanan telah dimainkan dalam format Twenty20 Antarabangsa (T20I). India ialah juara bertahan bagi edisi 2023 .

Kejohanan ini menampilkan lapan pasukan. Lima ahli penuh Majlis Kriket Asia, Afghanistan, Bangladesh, India, Pakistan dan Sri Lanka layak secara automatik ke kejohanan tersebut dan disertai oleh Emiriah Arab Bersatu, Oman dan Hong Kong, iaitu pasukan yang menamatkan saingan di tiga teratas dalam Piala Perdana Lelaki ACC 2024 . Dalam perlawanan akhir, India mengalahkan Pakistan dengan 5 wiket untuk memenangi gelaran kesembilan mereka, sekali gus mengekalkan kejuaraan.