Philipp Lenard
Philipp Lenard | |
|---|---|
Foto Lenard tahun 1900 | |
| Kelahiran | Philipp Eduard Anton von Lenard 7 Jun 1862 |
| Meninggal dunia | 20 Mei 1947 (umur 84) Messelhausen, Jerman |
| Kerakyatan | Hungary (1862–1907) Jerman (1907–1947) |
| Pusat pendidikan | Universiti Heidelberg |
| Terkenal kerana | Sinar katod |
| Anugerah | Pingat Matteucci (1896) Pingat Rumford (1896) Hadiah Nobel dalam Fizik (1905) |
| Kerjaya saintifik | |
| Bidang | Fizik |
| Institusi | Universiti Budapest University of Breslau University of Aachen Universiti Heidelberg Universiti Kiel |
| Penasihat kedoktoran | R. Bunsen G. H. Quincke |
Philipp Eduard Anton von Lenard (7 Jun 1862 - 20 Mei 1947) ialah seorang ahli fizik Jerman. Dia pemenang Hadiah Nobel untuk Fizik pada tahun 1905 untuk penyelidikannya mengenai sinar katod dan penemuan banyak sifat berkaitan.
Lenard kuat pemikiran nasionalis dan kebencian terhadap kaum Yahudi sehingga menyokong aktif ideologi Nazi bawaan Adolf Hitler pada tahun 1920-an; malah berperanan penting dalam pergerakan "Deutsche Physik" serta dikenali menempelak sumbangan Albert Einstein kepada sains sebagai "fizik Yahudi".