Philibert Tsiranana
Philibert Tsiranana | |
|---|---|
Philibert pada tahun 1962. | |
| Dalam jawatan 1 Mei 1959 – 11 Oktober 1972 | |
| Naib Presiden | Philibert Raondry, Calvin Tsiebo, Andre Resampa, Calvin Tsiebo, Jacques Rabemananjara, Victor Miadana, Alfred Ramangasoavina, Eugène Lechat |
| Didahului oleh | jawatan ditubuhkan |
| Digantikan oleh | Gabriel Ramanantsoa |
| Perdana Menteri Madagaskar | |
| Dalam jawatan 14 Oktober 1958 – 1 Mei 1959 | |
| Didahului oleh | jawatan ditubuhkan semula |
| Digantikan oleh | jawatan dimansuhkan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 18 Oktober 1912 Ambarikorano, Madagaskar |
| Meninggal dunia | 16 April 1978 (umur 65) Antananarivo, Madagaskar |
| Kewarganegaraan | Madagascar |
| Parti politik | Parti Sosial Demokratik |
| Pasangan | Justine Tsiranana (k. 1933–1978; kematian Philbert) |
| Bidang pengkhususan | Profesor Bahasa Perancis dan Matematik |
Philibert Tsiranana (18 Oktober 1912 – 16 April 1978) merupakan Presiden Madagaskar dari tahun 1959 hingga 1972. Sebelum ini, beliau merupakan Perdana Menteri negara tersebut ketika ia masih di bawah naungan Komuniti Perancis tahun 1958 sehinggalah ia merdeka pada 1959.
Pemerintahan beliau berada dalam keadaan sungguh stabil berbanding negara-negara sebenuanya serta mengalami perkembangan ekonomi yang sederhana sihat di bawah pelaksanaan berupa sosialisme pragmatik. Hal ini menjamin kemakmuran negaranya yang turut medapat nama "Pulau Bahagia" (Île heureuse) pada ketika itu. Walau bagaimanapun, proses pilihan raya penuh dengan isu-isu dan istilahnya akhirnya berakhir dalam siri tunjuk perasaan tani dan pelajar yang membawa kepada berakhirnya Republik Pertama dan penubuhan Republik Kedua yang secara sosialis.