Perubahan Rejim
Perubahan rejim adalah penggantian sebahagian atau seluruh kerajaan secara paksa atau melalui paksaan dengan kerajaan yang lain. Perubahan rejim mungkin menggantikan seluruh atau sebahagian daripada sistem kepimpinang paling kritikal negara, aparat pentadbiran atau biorkarasi.. Perubahan rejim mungkin berlaku melalui proses domestik secara aman atau secara paksa, seperti revolusi, rampasan kuasa atau pembinaan semula kerajaan berikutan kegagalan negara atau perang saudara . Perubahan rejim mungkin melibatkan pembinaan institusi baru, pemulihan institusi lama, dan promosi ideologi baru.