Pertubuhan Keselamatan Sosial

Pertubuhan Keselamatan Sosial
منظمة الضمان الاجتماعي
Intisari agensi
Dibentuk1 Oktober 1971 (1971-10-01)
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabatMenara PERKESO, 281, Jalan Ampang, 50538, Kuala Lumpur
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
  • Subahan Kamal, Pengerusi
  • Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif
Agensi induk
Kementerian Sumber Manusia
Dokumen penting
Laman sesawang
www.perkeso.gov.my

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Jawi: منظمة الضمان الاجتماعي‎; secara rasmi disingkatkan sebagai PERKESO) merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bagi mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Selain daripada itu, pertubuhan ini juga menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka. PERKESO ialah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.