Pertempuran Solferino

Pertempuran Solferino
Sebahagian daripada Perang Kemerdekaan Itali Kedua

Napoleon III di Pertempuran Solferino oleh Jean-Louis-Ernest Meissonier. Minyak pada kanvas, 1863.
Tarikh24 Jun 1859
Lokasi
Keputusan Kemenangan Perancis-Sardinia
Armistis Villafranca (12 Julai 1859)
Pihak yang terlibat
Empayar Perancis Kedua
Kerajaan Piedmont-Sardinia
Empayar Austria
Komandan dan pemimpin
Napoleon III
Victor Emmanuel II
Franz Joseph
Kekuatan
118,600 ~ 100,000
Kerugian dan korban

23,000 terbunuh (Perancis)

2,492 terbunuh
12,512 cedera
2,922 ditawan atau hilang
17,000 terbunuh
10,807 cedera
8,638 ditawan atau hilang

Pertempuran Solferino terjadi pada 24 Jun 1859 yang dimenangi oleh gabungan tentera Perancis pimpinan Napoleon III dan tentera Sardinia di bawah pimpinan Victor Emmanuel II (dikenali sebagai Perikatan Perancis-Sardinia). Mereka menentang tentera Austria di bawah pimpinan Raja Francis-Joseph (juga dikenali sebagai Franz Joseph). Lebih 200,000 tentera terlibat dan terbesar semenjak Pertempuran Leipzig tahun 1813. Seramai 100,000 Austria bertempur dengan 118,000 tentera Perancis-Sardinia.

Pertempuran Solferino akhirnya tamat setelah 'Kemerdekaan Peperangan Itali Kedua' yang diikuti 'Itali Risorgimento'. Peta negara telah berubah dan dipecah-pecah menjadi Perancis, Austria, Sepanyol dan negara Papal.

Pertempuran ini terjadi di sebuah kampung bernama Solferino, Itali iaitu di sebuah tempat antara Milan dan Verona.

Pertempuran terbuka lebih 9 jam. Seramai 3000 tentera Austria terbunuh dengan 10,807 cedera dan 8638 hilang atau ditawan. Pihak berikat Perancis-Sardinia pula 2,492 terbunuh, 12,512 cedera dan 2,922 hilang atau ditangkap. Mereka cedera kerana ditembak atau ditikam dengan bayonet di depan dan belakang. Pihak Perancis telah memang dari segi taktikal tetapi rugi dari segi kos juga.