Pertempuran Samar

Pertempuran Samar
Sebahagian daripada Perang Pasifik (Perang Dunia Kedua)

Kapal pengangkut pengiring Gambier Bay, terbakar akibat pertempuran sebelumnya, dihimpit bedilan dari penjajap Jepun (sayup-sayup dibelakang, tengah-kanan) sejurus sebelum tenggelam semasa Pertempuran Samar.
TarikhOctober 25, 1944
Lokasi
Timur Pulau Samar
Keputusan Kemenangan Amerika
Pihak yang terlibat
Amerika Syarikat Empayar jepun
Komandan dan pemimpin
Clifton Sprague Takeo Kurita
Kekuatan

"Taffy 3" 6 escort carriers, 3 destroyers, 4 destroyer escorts,

400 aircraft from Taffy 1, 2, 3

Pasukan pusat Jepun 4 kapal perang, 6 penjajap berat, 2 penjajap ringan, 11 kapal pembinasa,

30 kapal terbang (dalam serangan kamikaze)
Kerugian dan korban

2 kapal pengangkut pengiring 2 kapal pembinasa 1 pengiring pembinasa tenggelam 23 kapal terbang musnah 3 pengangkut pengiring rosak 1 kapal pembinasa rosak 2 pengiring pembinasa rosak 1,583 mati atau hilang

913 cedera

3 penjajap berat tenggelam 3 penjajap berat rosak 1 pembinasa rosak 52 kapal terbang "Action Report - Leyte Operation from 12 October to 29 October 1944, p.31". United States Pacific Fleet Carrier Division 22 via bosamar.com. undated. Dicapai pada June 9, 2012. Check date values in: |date= (bantuan)

Bilangan korban tidak diketahui

Pertempuran Samar merupakan aksi pusat dalam Pertempuran Teluk Leyte, satu dari pertempuran laut terbesar dalam sejarah, yang berlangsung di laut Filipina berhampiran Pulau Samar, di Filipina pada 25 Oktober 1944. Sebagai satu-satunya aksi dalam pertempuran lebih besar di mana pihak Amerika tidak bersedia menghadapi pihak lawan, ia telah disebut oleh sejarahwan sebagai salah satu salah padan tentera terbesar dalam sejarah pertempuran laut.Hornfischer, James D. The Last Stand of the Tin Can Sailors: The Extraordinary World War II Story of the U.S. Navy's Finest Hour. Bantam. ISBN 978-0-553-38148-1. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

In no engagement of its entire history has the United States Navy shown more gallantry, guts and gumption than in those two morning hours between 0730 and 0930 off Samar
 
— Samuel Eliot Morison, History of United States Naval Operations in World War II, Volume XII, Leyte

Laksamana William Halsey, Jr. diumpan bagi membawa Armada Ketiga Amerika Syarikat yang berkuasa mengejar armada umpan, meninggalkan hanya kumpulan tiga kapal pengangkut pengiring dari Armada Ke-7 Amerika Syarikat di kawasan tersebut. Satu pasukan permukaan Jepun terdiri daripada kapal perang dan kruiser, diserang sebelumnya dalam pertempuran lebih besar dan dipercayai telah berundur, sebaliknya berpatah balik tanpa dilihat dan terserempak dengan yang paling utara antara tiga kumpulan, Unit Tindakan 77.4.3 ("Taffy 3"), diperintah oleh Laksamana Muda Clifton Sprague. Bilangan kecil kapal pembinasa dan pengiring pembinasa dalam Taffy 3 tidak memiliki kuasa tembakan mahupun perisai yang berkesan bagi menentang pasukan Jepun, bagaimanapun terdesak menyerang dengan menggunakan meriam kaliber 5"/38 5 in (130 mm)/38 dan torpedo Mark 15 bagi melindungi pengunduran pengangkut "jeep" mereka yang lebih perlahan. Kapal terbang dari kapal penggangkut dari Taffy 1, 2, dan 3, termasuk FM-2 Wildcats, F6F Hellcats dan TBM Avengers, menembak, mengebom, melancarkan torpedo, menembak roket, depth-charged, menembak sekurang-kurangnya satu pistol kaliber .38 dan membuat beberapa serangan olok-olok ke atas pasukan penyerang apabila mereka kehabisan peluru."Reoccupation of Leyte Island...25 October 1944,p.13,14". United States Pacific Fleet Carrier Division 24 via bosamar.com. undated. Dicapai pada June 9, 2012. Check date values in: |date= (bantuan)"Reoccupation of Leyte Island...25 October 1944,p.20". United States Pacific Fleet Carrier Division 24 via bosamar.com. undated. Dicapai pada June 9, 2012. Check date values in: |date= (bantuan)

Pasukan petugas Sprague kehilangan dua kapal penggangkut pengiring, dua kapal pembinasa, satu pengiring pembinasa dan beberapa dosen kapal terbang. Lebih dari seribu orang tentera Amerika mati, setanding dengan kehilangan gabungan tentera dan kapal dalam pertempuran lebih terkenal di Pertempuran Laut Karang dan Midway. Tetapi bagi kehilangan besar buat pasukan kecil, mereka menenggelamkan atau melumpuhkan tiga kapal kruiser Jepun dan menimbulkan cukup kekeliruan bagi mendorong komander Jepun, Laksamana Madya Takeo Kurita, bagi berkumpul semula dan akhirnya berundur, berbanding untuk terus mara untuk menengelamkan kapal tentera dan perbekalan di Teluk Leyte. Dalam gabungan Pertempuran Telum Leyte, 10,000 kelasi Jepun dan 3,000 kelasi Amerika mati. Sungguhpun kapal perang Yamato dan sisa pasukannya kembali ke Jepun, pertempuran ini menandakan kekalahan akhir Tentera laut Jepun, kerana kapal perang mereka kekal di pelabuhan bagi sepanjang sisa perang dan tidak lagi menjadi pasukan tentera laut yang berkesan."Navy Cmdr. Ernest Evans' Courage Helped Sink Japan's Hopes In World War II". Investors Business Daily. May 27, 2011. Dicapai pada June 9, 2011.