Pertempuran Panipat Pertama

Pertempuran Panipat Pertama
Sebahagian daripada kempen penaklukan Mughal

Gambaran Pertempuran Panipat Pertama pada lewat abad ke-16.
Tarikh20 April 1526
Lokasi
Panipat
(kini di Haryana, India)
29°23′N 76°58′E / 29.39°N 76.97°E / 29.39; 76.97
Keputusan

Kemenangan muktamad Mughal

Penjarahan Delhi
Kejatuhan dinasti Lodi
Keruntuhan Kesultanan Delhi
Penubuhan Empayar Mughal
Perubahan
wilayah
Kesultanan Delhi ditakluk oleh Mughal
Pihak yang terlibat
Empayar Mughal Dinasti Lodi
Komandan dan pemimpin
Babur Ibrahim Lodi
Kekuatan
12,000-25,000 tentera
15-20 senapang
50,000 tentera
1000 gajah
Kerugian dan korban
20,000

Pertempuran Panipat Pertama berlaku pada 20 April 1526 antara tentera penceroboh pimpinan Babur dan dinasti Lodi. Pertempuran ini tercetus di utara India dan menandakan sebagai permulaan Empayar Mughal dan kejatuhan Kesultanan Delhi. Pertempuran ini juga merupakan salah satu pertempuran terawal yang menggunakan serbuk letupan dan artileri di India seperti yang diperkenalkan oleh Mughal dalam pertempuran ini.