Pertempuran Grunwald

Pertempuran Grunwald
Sebahagian daripada Perang Polish–Lithuanian–Teutonic

Lukisan Pertempuran Grunwald oleh Jan Matejko (1878)
Tarikh15 Julai 1410
(615 tahun, 2 bulan dan 27 hari dahulu)
Lokasi
Antara kampung Grunwald, (Grünfelde) dan Stębark (Tannenberg)
53°29′10″N 20°07′29″E / 53.48611°N 20.12472°E / 53.48611; 20.12472
Keputusan Kemenangan mutlak Polish–Lithuanian
Pihak yang terlibat

Kerajaan Poland
Grand Duchy bagi Lithuania
lindungan Polish–Lithuanian, sekutu dan tentera upahan:

Ruthenia, Masovia, Principaliti bagi Moldavia, Tatars, Czechs, Bohemia, Moravia, Wallachia, Smolensk
Teutonic Order, allies (Pomerania-Stettin), guest crusaders, and mercenaries from western Europe
Komandan dan pemimpin
  • Władysław II Jagiełło, pemerintah tertinggi
  • Vytautas Agung, komander Lithuanian
Grandmaster Ulrich von Jungingen 
Kekuatan
16,000–39,000 orang 11,000–27,000 orang
Kerugian dan korban
4,000–5,000 mati
8,000 cedera
200–400 wira Teutonic terbunuh
8,000 mati
14,000 ditawan
Templat:Campaignbox Polish-Lithuanian-Teutonic War

Pertempuran Grunwald atau Pertempuran Pertama Tannenberg atau Pertempuran Žalgiris berlangsung pada 15 Julai 1410, semasa perang Polish–Lithuanian–Teutonic. Persekutuan Kerajaan Poland dan Grand Duchy bagi Lithuania, dipimpin oleh Raja Władysław Jagiełło dan Grand Duke Vytautas (Witold), secara mutlak mengalahkan kesasteria Teutonic German–Prussian, dipimpin oleh Ketua Besar Ulrich von Jungingen. Kebanyakan kepimpinan Kesasteriaan Teutonic terbunuh atau ditawan. Sungguhpun kalah, Kesasteria Teutonic bertahan kepongan Marienburg (1410) ke atas kubu mereka di Marienburg (Malbork) dan mengalami hanya kehilangan jajahan minima pada Perdamaian Thorn (1411) (Toruń). Pertikaian jajahan berterusan sehingga Perdamaian Melno dipersetujui pada tahun 1422. Bagaimanapun, Kesasteriaan tidak pernah kembali kepada kuasa sebelum mereka dan beban kewangan akibat hanti rugi perperangan menyebabkan pertikaian dalaman dan kemeruduman ekonomi di tanah mereka. Pertempuran mengubah keseimbangan kuasa di Eropah Timur dan menandakan kebangkitan kesatuan Polish–Lithuanian sebagai kuasa politik dan tentera di wilayah tersebut.

Pertempuran itu adalah salah satu pertempuran yang terbesar di Medieval Eropah dan dianggap sebagai kemenangan yang paling penting dalam sejarah Poland, Belarus dan Lithuania Ia dikelilingi oleh legenda romantis dan propaganda nasionalis, menjadi simbol yang lebih besar bagi perjuangan menentang penjajah dan sumber kebanggaan negara Pada abad ke-20 , pertempuran ini telah digunakan dalam kempen propaganda Nazi dan propaganda Soviet. Hanya dalam beberapa dekad kebelakangan ini sejarahwan membuat kemajuan ke arah penilaian berkecuali, tanpa emosi, penilaian ilmiah pertempuran, menyelaraskan kisah sebelum ini, yang berbeza secara meluas menurut negara.