Pertempuran Crécy

Pertempuran Crécy
Sebahagian daripada Perang Seratus Tahun

Pertempuran Crécy dari manuskrip Babad Froissart bertarikh abad ke-15.
Tarikh26 Ogos 1346
Lokasi50°15′25″N 1°54′14″E / 50.257°N 1.904°E / 50.257; 1.904
Keputusan Kemenangan England
Pihak yang terlibat
Kerajaan England Kerajaan Perancis
Kerajaan Bohemia
Komandan dan pemimpin
Raja Edward III
Edward, Si Putera Hitam
Earl Northampton
Raja Philip VI (WIA)
Count Alençon 
John dari Bohemia 
Duke Lorraine 
Count Blois 
Kekuatan
7,000–15,000 20,000–30,000
 • 10,000–12,000 tentera
 • 2,000–6,000 pemanah
 • Infantri tidak diketahui
Kerugian dan korban
100–300 terkorban 1,542–4,000 bangsawan terkorban
Bilangan infantri terkorban tidak diketahui tetapi jumlahnya besar

Pertempuran Crécy tercetus pada 26 Ogos 1346 di kawasan timur laut Perancis antara tentera Perancis yang dipimpin oleh Raja Philip VI dan tentera England yang diketuai oleh Raja Edward III. Tentera Perancis menyerang tentera England semasa mereka sedang melewati utara Perancis dalam kempen Perang Seratus Tahun. Pertempuran ini berakhir dengan kejayaan tentera England dan kekalahan teruk ditanggung oleh Perancis.

Tentera England yang jauh lebih kecil telah menewaskan tentera Perancis yang jauh lebih ramai dan besar. Taktik dan senjata baru telah menandakan pertempuran ini sangat penting dalam sejarah peperangan kerana tentera England telah menggunakan senjata busur panjang untuk menentang kesateria-kesateria Perancis. Busur panjang merupakan senjata yang pantas berbanding busur silang yang digunakan oleh perajurit Perancis dan Genoa. Malahan, senjata itu juga dapat melepaskan tembakan anak panah dengan jarak yang jauh. Sebelum pertempuran ini tercetus iaitu semasa Zaman Pertengahan, golongan kesateria memainkan peranan penting dalam sesebuah angkatan tentera. Namun disebabkan peristiwa pertempuran ini, sejarawan menganggap pertempuran ini sebagai tanda pengakhiran kepada pasukan kesateria.