Pertempuran Covadonga

Pertempuran Covadonga
Sebahagian daripada permulaan Reconquista

Pelagius, pemenang di Covadonga dan Raja Asturias pertama.
TarikhMusim panas tahun 718 atau 722
Lokasi
Picos de Europa berdekatan Covadonga, kini di Sepanyol
Keputusan Kemenangan muktamad Asturias
Pihak yang terlibat
Kerajaan beraja Asturias Khilafah Umayyah
Komandan dan pemimpin
Pelagius dari Asturias Munuza †
Al Qama †
Kekuatan
300 800 - 1,400 (anggaran zaman moden)
Kerugian dan korban
289 mati Tidak diketahui (anggaran zaman moden)

Templat:Campaignbox Kingdom of Asturias Pertempuran Covadonga merupakan kemenangan pertama pasukan tentera Kristian di Iberia selepas penaklukan Islam ke atas Hispania Visigoth pada tahun 711–718. Ia berlaku di Covadonga, berkemungkinan besar pada musim panas tahun 722. Kemenangan ini telah mewujudkan sebuah kerajaan kecil Kristian merdeka di pergunungan Asturias yang mana kemudian berkembang menjadi sebuah kerajaan beraja yang kuat di barat laut semenanjung Iberia dan menjadi kubu bagi menentang perkembangan pemerintahan Islam. Ia menjadi detik permulaan kembalinya pemerintahan Kristian di semenanjung Iberia. Bagi ramai sejarahwan, pertempuran di Covadonga menandakan permulaan Reconquista.