Pertempuran Bannockburn

Pertempuran Bannockburn
Sebahagian daripada Perang Kemerdekaan Scotland Pertama

Gambaran daripada Scotichronicon (sekitar 1440) merupakan imej pertempuran yang paling awal didapati.
Tarikh23–24 Jun 1314
Lokasi
Bannockburn, selatan Stirling, Scotland
Keputusan Kemenangan muktamad Scotland
Pihak yang terlibat
Scotland England
Komandan dan pemimpin
Robert si Bruce
Edward Bruce
Sir Robert Keith, Marischal Scotland
James Douglas
Thomas Randolph, Earl Moray
Edward II
Humphrey de Bohun
Earl of Pembroke
Gilbert de Clare†
Robert de Clifford†
Kekuatan
5,000–10,000 13,700–25,000
Kerugian dan korban
400–4,000 700 kavalri
4,000 – 11,000 infantri

Pertempuran Bannockburn (Blàr Allt nam Bànag, sering kali silap ditafsir sebagai Blàr Allt a' Bhonnaich dalam bahasa Gaelic Scotland) merupakan satu pertempuran penting semasa Perang Kemerdekaan Scotland Pertama dan berakhir dengan kemenangan muktamad buat Scotland. Pertempuran berlaku pada 23-24 Jun 1314 di kawasan Bannock Burn, berdekatan dengan Stirling. Istana kota Stirling, sebuah kubu pertahanan diraja Scotland yang diduduki oleh England, telah dikepung oleh tentera Scotland. Raja England, Edward II, telah mengumpulkan sebuah pasukan tentera yang kuat untuk membebaskannya. Cubaan ini gagal, yang menyaksikan pasukan tentera England dikalahkan oleh sebuah tentera Scotland yang lebih kecil yang diketuai oleh Raja Scotland, Robert si Bruce.