Pertempuran Alcácer Quibir

Pertempuran Alcácer Quibir
Sebahagian daripada Konflik Maghribi-Portugal

Pertempuran di Ksar el Kebir, menggambarkan tentera Portugal yang dikepung di sebelah kiri
Tarikh4 Ogos 1578
Lokasi
Alcácer Quibir, Maghribi
Keputusan

Kemenangan muktamad Maghribi

  • Krisis pewarisan takhta Portugal 1580
  • Kebangkitan Empayar Saadi di Maghribi
Pihak yang terlibat
Empayar Portugal
sekutu-sekutu Moor
Kesultanan Maghribi
Komandan dan pemimpin

Sebastian I dari Portugal  
Abu Abdallah Mohammed II  

Thomas Stukley  

Abu Marwan Abd al-Malik I  

Ahmad al-Mansur
Kekuatan
23,000 tentera
termasuk:
2,000 sukarelawan Castile
600 sukarelawan Itali
3,000 tentera upahan daripada Flanders dan Jerman
6,000 Moor
40 meriam
50,000–100,000 tentera
34 meriam
Kerugian dan korban

8,000 mati
15,000 ditawan

12,000 mati
(sumber Sepanyol)

7,000 mati
(sumber Portugal)

1,500 mati
(sumber Sepanyol)

Pertempuran Alcácer Quibir adalah pertempuran utama yang terjadi di Maghribi utara, berdekatan dengan kota Ksar-el-Kebir antara Tanjah dan Fes, pada tanggal 4 Ogos 1578. Pertempuran ini terjadi di antara Abu Abdallah Mohammed II Saadi, dari Dinasti Saadi bersama sekutu beliau Raja Sebastian dari Portugal, melawan pasukan Maghribi dibawah pimpinan Sultan Maghribi sendiri. Raja Sebastian telah merancang satu Perang Salib setelah Abu Abdallah Mohammed II Saadi memohon bantuan Raja Sebastian untuk merampas semula takhta kerajaan beliau yang telah dikuasai oleh pakcik beliau, Abd Al-Malik dengan sokongan empayar Uthmaniyyah. Kekalahan Portugal dan kematian Raja Sebastian yang tidak mempunyai anak telah menamatkan dinasti Aviz, dan integrasi negara di dalam Kesatuan Iberia selama 60 tahun di bawah dinasti Felipe, iaitu satu dinasti kesatuan dengan Sepanyol.